Tajuk Pasifik Sdn Bhd (TPSB) merupakan satu nama gah di dalam arena pembinaan kediaman berkualiti tinggi. Bermodalkan RM1.55 juta diawal penubuhannya pasa tahun 2001, keteguhan TPSB juga kerana pengurusan cekap daripada para pengarah dan kakitangan yang berpengalaman di dalam bidang pembangunan dan pembinaan.

TPSB merupakan kontraktor PKK Kelas A bertaraf bumiputera, berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, TNB, IWK, CIDB dan Petronas. Keupayaan TPSB di dalam menyediakan projek pembangunan mengikut piawaian sememangnya tidak perlu diragui.

Selain daripada menjalankan projek 'In House' di bawah TPSB seperti Dataran Kaktus, Dataran Anggerik dan Taman Seri Rantau, beberapa projek turut dijayakan melalui anak syarikat TPSB iaitu Lasah Emas Sdn Bhd antaranya Desa Teratai dan Desa Teratai 2.

Dengan kepakaran dalam pembinaan Rumah Banglo TPSB turut menawarkan konsep 'Reka & Bina Banglo Idaman' melalui anak syarikat Sinar Arafah Sdn Bhd. Konsep 'Reka & Bina Banglo Idaman' menawarkan rekabentuk banglo direka mengikut citarasa pelanggan dan dibina di tanah pelanggan sendiri.

Perkhimatan yang cemerlang dan kehebatan rekaan kediaman yang mengagumkan inilah yang memacu TPSB ke tahap yang lebih gemilang.

 

'Honesty Assures Success'

Laman utama || Profil || Hubungi kami || Rumah teres || Rumah Semi-D || Lot & Banglo
Banglo Idaman || Rekabentuk Banglo || Tanah dikehendaki || Khidmat lain

©Copyright 2013 www.kediamanimpian.com All Rights Reserved